Melihat Putera-puteri Kesayangan mengecapi Kecemerlangan dalam kehidupan serta menjadi insan kamil dan berkeperibadian mantap!
Menikmati Kemanisan Dalam Perhubungan Cinta Yang Berakhir Ke Jinjang Pelamin dan diredhai Allah
Mengecapi Kecemerlangan Dalam Kerjaya
Mengecapi Kecemerlangan Dalam Empayar Perniagaan
Mengecapi HIDUP BAHAGIA & SEJAHTERA Tanpa Dibelenggu Beban Hutang Yang Menyesakkan Fikiran
Menikmati Kebebasan Kewangan Yang Tulen & Harmoni
Mencipta Kecemerlangan Akademik Yang Luar Biasa
Menikmati Kesejahteraan Diri dan Kesihatan Yang Mantap
Menikmati PENYEMBUHAN & KESEJAHTERAAN DIRI, serta KECEMERLANGAN KEHIDUPAN
Anda memilih untuk “membenarkan diri anda" menikmati impian indah anda menjadi realiti!!!
Ketahuilah para sahabat di luar sana kesaksian dan kasih sayang allah itu sungguh luar biasa…kalian berdoa, dia diatas mengatur segalanya…mudah-mudahan “jawapan doa” ini bakal mengakhiri penantian dan persoalan yang anda cari-cari selama ini!!
Semoga allah mengirimkan kelancaran, keberkatan, rahmat dan kesaksian kasih sayangnya nya di dalam pertemuan indah kita bersamal ife coaching klinik sukses
Terokai rahsia khazanah, potensi diri dan rahmat kasih sayang pancaran ilahi di dalam hidup anda bersama saya di dalam penerokaan murni life coaching klinik sukses!!!
Jelajahi perjalanan penyembuhan, kesejahteraan dan revolusi diri yang hebat dan luar biasa bersama saya…
**************************
Daripada: Aniz Hj. Anwar
Tarikh:
Per: Jemputan ke Life Coaching KLINIK SUKSES
Salam Rahmat buat para sahabat yang dikasihi Allah!
Menempuh proses kedewasaan dan kematangan, kita dihidangkan dengan pelbagai warna-warni kehidupan. Kemampuan mengurus cabaran, komitmen dan amanah bukanlah sesuatu yang mudah sebagaimana yang disangkakan. Namun dengan adanya ilmu, kepakaran dan pengalaman insyaAllah ia bukanlah sesuatu yang mustahil untuk menjadi LEBIH MUDAH sebenarnya.
Menepati KONSEP DAN TUNTUTAN ILMU dalam kehidupan ianya ibarat OBOR DAN CAHAYA yang menerangi kegelapan malam yang pekat, memberi KEYAKINAN dan KEKUATAN untuk terus melangkah menuju IMPIAN, HARAPAN dan CITA-CITA yang diidamkan, insyaAllah.
Sesungguhnya ilmu adalah cahaya yang menerangi hati, sedangkan maksiat akan mematikan cahaya tersebut. (Ali bin Muhammad ad Dihami: 2003)
Tanpa ilmu manusia bisa sahaja terpedaya menjadi “lapangan syaitan”, membenarkan diri tenggelam dalam asakan bebanan dan tekanan emosi dan memori silam, membenarkan diri menjadi pelarian dan pergelutan yang tidak berpenghujung, menganiaya orang lain untuk mencapai maksudnya, menzalimi kehidupan insan lain sama maknanya menzalimi kehidupan individu sendiri.
Ahaaa! Inilah antara KONFLIK TERHEBAT sebenarnya bukan sahaja isu memaafkan insan lain tetapi LEBIH SUKAR adalah KEMAMPUAN DIRI INDIVIDU MEMAAFKAN DIRINYA, memaafkan kealpaan diri, memaafkan kenaifan dan kejahilan diri membenarkan diri menjadi mangsa Huhu hu….
Begitulah kehidupan, ada ketika di perjalanan kita diuji dengan musibah, kita diuji dengan kekecewaan, kehilangan, kelukaan, kesunyian, kebimbangan, ketakutan, kekeliruan, kebencian dan kebuntuan. Musibah ujian penyakit, hilang pekerjaan, beban hutang, penceraian, perpisahan, kematian, difitnah, teraniayai, dikhianati , terluka dan dibayangi kesalan dan rasa bersalah yang tidak tahu BAGAIMANA UNTUK DIURUSKAN DENGAN BAIK.
Tanpa disedari para sahabat, disinilah bermulanya CABARANNYA. Rahsia sebenar untuk menikmati KESEJAHTERAAN adalah kemampuan untuk MERAWAT DIRI SENDIRI.
Di dalam setiap individu punya PACKAGE sebenarnya, sistem rawatan diri yang semulajadi tidak kira dari sudut emosinya, mindanya, spiritualnya dan biologi fizikalnya. Ya memang TERSEDIA ADA cuma barangkali kita tidak diuji, kita belum diuji kita tidak pernah tahu akan KEMAMPUAN KITA untuk MERAWAT DIRI SENDIRI.
Kemampuan menguruskan teknologi dalaman merupakan PLATFORM PENTING untuk mencapai kehidupan yang sejahtera dan harmoni! Harmoni yang tulen pula harus dimulai dengan mencipta KEHARMONIAN DIRI SENDIRI, ALLAH, ALAM dan PERSEKITARAN barulah KEJAYAAN DAN KECEMRLANGAN MAMPU KITA NIKMATI TANPA SEBARANG KEKANGAN ATAUPUN HALANGAN HEBAT!
Namun apa YANG TERJADI dalam konteks kehidupan hari ini, KELEMAHAN YANG BERLAKU ramai di kalangan kita KURANG SABAR, TIDAK SABAR jika ingin berjaya dalam hidup TERUS sahaja melompat kepada perbincangan KECEMERLANGAN DIRI…ingin terus mengecapi IMPIAN DIRI.
Bagaimana harus KEJAYAAN DAN KECEMERLANGAN DIRI mampu kita raih dengan penuh indah dan manis andai dalaman kita “FRAGILE”…belum sembuh, terluka dan menderita. Di sana sini berlaku “gangguan” bukan sahaja kesakitan minda, emosi dan spiritual tapi juga pencemaran yang tersekat, melekat menjadi laluan KEJAYAAN menjadi suatu misi yang sangat mustahil apatah lagi diri tidak membenarkan maka pelbagai alasan diberikan, lempar salah diluahkan semuanya BUKAN SALAH DIRI tetapi keadaan, orang lain dan takdir pula adakalanya.
Maka disinilah terkadang tanpa ilmu, celik akal dan KEFAHAMAN DIRI individu harus sahaja lebih mudah terperangkap menjadi mangsa manusia yang ingin mencapai maksud diri tanpa mengendahkan kesaksian Allah dalam perjalanannya. Adakalanya bagai tidak takut mati, tidak takut janji Allah..balasan syurga dan neraka! Nauzubillah…
Rahsia KEJAYAAN sebenar hanya mampu dicipta dengan individu itu KEMBALI “MENGENAL DIRINYA”…MENGENAL POTENSI DIRINYA…MENGENAL MATLAMAT KEHIDUPANNYA hanya dengan “PENGENALAN DAN KEFAHAMAN” ini individu mampu MEYAKINI KESAKSIAN DAN KASIH SAYANG ALLAH sebenarnya sudah tersedia dalam dirinya….nikmat iman, akal, pancaindera, anugerah alam, Al-Quran, ilmu malah apa sahaja yang ada di sekitarnya dan DALAM DIRINYA ADALAH “PENAWAR” sebenarnya!!!
Jika tidak RISIKONYA kehidupan individu YANG TIDAK MENGENALI POTENSI DIRINYA harus sahaja terperangkap menjadi mangsa dengan meletakkan pergantungan hidup dengan manusia.
Bagaimana ingin sembuh, bahagia, sejahtera, sukses dan TENANG??? Ianya insyaAllah mampu kita NIKMATI andai sahaja kita MEMILIH UNTUK MEMBENARKAN PENEROKAAN DAN PEMBONGKARAN KHAZANAH DI DALAM DIRI INI.
Kemampuan TEKNOLOGI PENGURUSAN DALAMAN juga berkembang maju seiring dengan teknologi yang serba canggih di zaman millienium. Jika dahulu dengan teknik konvensional di dalam kaunseling sebagai kaunselor dan therapist, saya TERPAKSA mengambil masa yang lama untuk membantu penyembuhan diri pihak klien tetapi hari ini TIDAK LAGI!
Subhanallah! Segala Puji Atas KESAKSIAN KASIH SAYANGNYA… Lebih lagi dengan ILHAM dan PINJAMAN ILAHI membantu saya menggubal satu MODUL KOMPREHENSIF yang menggabungjalin displin kaunseling, psikolog manusia, pengurusan stress/krisis diri, Emotional Freedom Tecnique yang menggarap bersama bersesuaian menepati nilaian hidup seorang Muslim yang meletakkan pergantungan hidup dengan Allah, Penerokaan Perubatan Komplimentari…Rahsia Alam, Kehebatan Potensi Minda, Kuasa Doa, Meditasi, Hukum Penarikan dan Hukum Penolakan semuanya dikupas bersama iringan sains dan apa yang dikupas kitab suci Kalam Allah! Subhanallah!!!! Memang MENAKJUBKAN sekali!!!
Kekuatan dan sinergi hebat yang digarap secara HOLISTIK inilah yang membuatkan KEJAYAAN PARA KLIEN KLINIK SUKSES yang benar-benar ikhlas, jujur, komited dalam memberikan komitmen DIRI MEREKA menikmati KEINDAHAN YANG PUDAR, YANG KELAM , YANG HILANG bertahun-tahun lamanya mampu menikmatinya dalam tempoh TERAPI YANG SEKELIP MATA!!! Mudah, Pantas, Mantap dan BERKESAN!!! Subhanallah! It’s REALLY SUPERB!... Magnificient…I’m speechless…
Seringkali air mata ini turut JERNIH BERKACA sebenarnya mengiringi KEINDAHAN, KETAKJUBAN dan TERIMA KASIH ATAS HADIAH ALLAH meminjamkan pancaran kasih sayangNYA Yang Hebat & Luar Biasa menerusi saya!!! Pelbagai rakaman kisah dan cabaran serta hiburan kehidupan telah dijelajahi bersama…kelakar, bahagia, sedih, terkejut, pelik, TAKJUB dan SYUKUR mengiringi eksplorasi INDAH INI!!!
Mengambil sikap berterusan MENSABOTAJ DIRI, LEMPAR KESALAHAN KEPADA KEADAAN dan ORANG LAIN, MENCARI ALASAN bukanlah cara yang terbaik dalam usaha berhadapan dengan kenyataan dan cabaran realiti takdir yang hadir.
Kehidupan ini harus diisi dengan penuh rasa amanah, bertanggungjawab, adil dan bijaksana. Berpaksikan BERANI MELAKUKAN KOREKSI DIRI kerana Allah swt…takutkan Allah…yang diburu adalah SYURGA ALLAH, insyaAllah mudah-mudahan jejak-jejak bahagia mencari sejahtera dan syurga diberikan SOLUSI dan PENAWAR oleh Yang Maha Esa.
If Allah brings you to it He will bring you through it...
Happy moments Praise Allah...
Difficult moments Seek Allah...
Quiet moments Worship Allah...
Painfull moments Trust Allah...
Every moment Thank Allah...
Semoga KEINDAHAN RAHMAT dan KASIH SAYANG ini menjadi anugerah yang bakal menyingkap tabir gemilang dalam perjalanan ini!
Life coaching merupakan suatu bentuk bantuan, latihan dan bimbingan terapeutik yang menghubungkan interaksi minda, emosi dan spiritual dalam menjayakan gagasan mahupun matlamat yang ingin dicapai oleh pihak klien.
Sebagai professional yang terlatih dan memiliki kompetensi dalam bidang berkaitan kaunseling dan psikologi manusia disamping penerokaan perubatan komplimentari, perkhidmatan life coaching yang ditawarkan mampu memberikan kesan yang lebih mantap.
Kebijaksanaan serta kerjasama erat disokong maklumbalas yang lebih interaktif, celik akal dan bimbingan berterusan yang unik serta komitmen yang tinggi oleh pihak yang terlibat mampu menyaksikan transformasi diri yang hebat dan luar biasa.
Lazimnya program Life Coaching ini mensasarkan pembangunan dari sudut pengkayaan jati diri serta kesejahteraan insan, kesihatan diri, perkahwinan dan kekeluargaan, hubungan dan percintaan, kebebasan kewangan dan perniagaan mahupun kerjaya dan pelbagai lagi. Hanya apabila kehidupan telah sejahtera KEJAYAAN akan meluncur laju mampu dinikmati!
Membantu individu meneroka kehebatan khazanah dan potensi diri yang hebat
Mempertingkatkan kefahaman dan kemampuan diri untuk lebih bijaksana, bertanggungjawab dan sedar akan langsung kesan dan akibat yang tindakan dipilih dan TINDAKAN yang diambil
Mengaturkan keutamaan diri agar lebih harmoni, bijak dan adil dalam menjayakan matlamat kehidupan yang ingin dicapai
Mempertingkat kemampuan interpersonal skill, keyakinan, motivasi yang berterusan dalam mengatasi sebarang kekangan dan halangan yang hadir
Pengurusan teknologi dalaman yang cemerlang dan HOLISTIK mengambilkira aturcara kehidupan individu Muslim (bagi yang bukan beragama Islam sila refeleksikan kepada system kepercayaan anda) yang meletakkan pergantungan juga matlamat hidup memburu pengiktirafan Allah swt, kesejahteraan emosi dan minda mampu menjadi sinergi hebat dan luar biasa dalam mencipta transformasi seterusnya REVOLUSI DIRI yang luar biasa
Memberi faedah kepada individu khususnya dalam melengkapi kelemahan yang hadir sekiranya pihak klien berusaha bersendirian tanpa bimbingan
Menerusi bantuan professional ini mampu menyuntik momentum diri yang jauh lebih hebat dalam merancakkan penyembuhan mahupun transformasi diri yang ingin dicapai agar lebih konsisten, fokus, harmoni, berjaya dan SUKSES dengan lebih hebat, pantas dan luar biasa!!!
InsyaAllah dengan KEISTIMEWAAN dan KEUNIKAN pendekatan Klinik Sukses yang membantu pihak klien lebih proaktif, BERTERUSAN dan konsisten menerusi perkongsian tips, inspirasi, artikel juga kata-kata semangat menerusi newsletter, page serta ruangan artikel di laman web www.AnizAnwar.com mampu memberi kesinambungan proses TRANSFORMASI yang terapeutik dalam menjayakan REVOLUSI DIRI individu yang luar dari biasa.
Ketahuilah para sahabat yang dikasihi Allah…para pembaca yang saya hormati… Perjalanan ini sangat INDAH sebenarnya andai sahaja KITA MEMILIH UNTUK MELIHATNYA DENGAN KEINDAHAN…dihiasi dengan kehadiran insan-insan yang “menghiburkan”..
“Mengenali seseorang itu kadangkala membuatkan kita ketawa. Mengenali seseorang itu juga kadangkala membuatkan kita mengalirkan airmata. Sesungguhnya, mengenali seseorang itu mampu memberikan kita SEJUTA RASA…marah, sedih, gembira, bahagia, sayang, benci, rindu dan dendam.
Tapi sedarkah kita? Mengenali seseorang itu sebenarnya adalah SATU ANUGERAH”…Itulah ASPIRASI tulus hati ini sayabawakan buat mereka yang MENCARI bagaimana harus aku menghargai “ANUGERAH” di dalam setiap inci perjalananku???
Bagaimana AKU ingin menikmati “KEINDAHAN DAN ANUGERAH RASA” sedih, rindu, bahagia, benci dan marah yang akhirnya membuahkan betapa HEBAT, betapa INDAH dan BEGITU MEMBAHAGIAKAN SEKALI kerana kita TERPILIH untuk menikmati “ANUGERAH RASA YANG INDAH INI”. Pastinya disebalik ANUGERAH RASA yang ini juga akan menyingkap TABIR HIKMAH, SEJUTA RASA DAN MAKNA YANG SUNGGUH MURNI MENGHIBURKAN, insyaAllah!
Bersama saya…SELAMAT MENJELAJAHI EKSPOLARASI INDAH AKU DAN ANUGERAH!!! Dan seterusnya menikmati RASA SYUKUR YANG SUNGGUH MEMBAHAGIAKAN!!! InsyaAllah… Gratitude unlocks the fullness of life. It turns what we have into enough, and more. It turns denial into acceptance, chaos into order, confusion into clarity.It turns problems into gifts, failures into success, the unexpected into perfect timing, and mistakes into important events. Gratitude makes sense of our past, brings peace for today and creates a vision for tomorrow”~ Melodie Beattie
Semoga KEINDAHAN KASIH SAYANg DAN RAHMAT ALLAH MEMANCARKAN CAHAYANYA menerusi penjelajahan murni ini Jejak Kesembuhan, Jejak Kesejahteraan dan Jejak Kegemilang Yang Benar-benar Tulen!!!
Dalam Klinik Sukses, peserta akan didedahkan kepada teknik untuk mencapai POTENSI DIRI dan KEREDHAAN TOTAL. Betapa penting untuk mencapai KEREDHAAN TOTAL dan KESEJAHTERAN DIRI INI kerana hanya dengan KEREDHAAN TOTAL inilah akan menjadi PEMACU SINERGI HEBAT REVOLUSI DIRI YANG LEBIH GEMILANG di dalam kehidupan sama ada kerjaya, rumahtangga, keluarga, percintaan, perniagaan atau apa sahaja. Pelbagai terapi, perkongsian ilmu, pengalaman dan PENDEDAHAN KISAH BENAR bakal dibawakan dan antara yang SIGNIFIKAN adalah Emotional Freedom Technique (EFT).
Dengan izin Allah, teknik EFT yang digubal semula bersesuaian dengan nilaian dan kepercayaan sebagai individu Muslim yang meletakkan pergantungan diri kepada Allah, TIADA YANG MUSTAHIL - mampu memberikan KEAJAIBAN YANG SUNGGUH LUAR BIASA!
Alhamdulillah dengan menjalani terapi yang lazimnya kurang dari 5 minit (bergantung kepada bebanan dan isu yang hadir) telah berjaya mengembalikan sinar kebahagian, keyakinan dan POTENSI DIRI yang dimiliki kepada klien-klien saya. Teknik ini juga boleh digunakan untuk semua jenis masalah, keadaan dan situasi.
Anda stress, kemurungan, gagal mencapai cita-cita, kecewa,, putus cinta, rasa terganggu dengan keharmonian rumahtangga yang berkocak, masalah kewangan, sukar hamil,mengalami masalah kesihatan kesan stress yang dialami gastric, darah tinggi, astma, diabetis, sinus, migrane, sukar sekali rasanya untuk menempa kejayaan, perniagaan yang tidak menjadi, dikelilingi beban hutang yang menghimpit diri???Ketahui RAHSIA bagaimana proses PENYEMBUHAN DIRI boleh membantu anda dan seterusnya menikmati KESEJAHTERAAN TOTAL yang mampu menjadi sinergi hebat REVOLUSI DIRI.
Anda tidak percaya??? Emm.. TIADA YANG PELIK sebenarnya! Displin ilmu serta dunia kaunseling serta Life Coaching juga melalui evolusi ~ Ini bukan omongan PROMOSI KOSONG tetapi inilah HAKIKAT KEINDAHAN DAN KEAJAIABAN ILAHI, jika Allah mampu menguruskan seisi semesta ini dengan cukup indah dan teratur masakan tidak Allah mampu mengurus sekelumit isu kecil dalam diri hambaNYA…
Rahsia Energi Alam dalam membantu PENYEMBUHAN, KESEJAHTERAAN & TRANSFORMASI juga REVOLUSI DIRI yang hebat!
Rahsia Seni dan Tertib Berdoa & Kehebatan Meditasi Islam
Minda Alpha
******************************
Dapatkan PREVIEW PROGRAM terus dalam email anda...
Preview Life Coaching KLINIK SUKSES
eBook RAHSIA AURA: Personaliti & Signal Tubuh
eBook Exploring EFT
Tips-Tips Inspirasi Kehidupan - terus dalam email anda
Info terkini program-program anjuran saya
Masukkan NAMA & EMAIL anda dalam ruangan di bawah utk dapatkannya SEKARANG!
******************************************
Pn Noraniza Hj Anwar merupakan graduan Sarjana dari Universiti Putra Malaysia dalam bidang Kaunseling dan Psikologi. Lebih dikenali dengan nama pena di alam maya sebagai Aniz Hj Anwar. Telah memulakan perhidmatan Klinik Kaunseling beliau sejak 2007. Kreativiti dan inovasi unik berbekalkan pengalaman dan penglibatan beliau dalam perniagaan online sejak 2003, telah mencipta revolusi dalam perkhidmatan yang ditawarkan.
Memenuhi tuntutan dan komitmen kehidupan zaman millinium yang mencabar mengurus kerjaya, keluarga dan rumahtangga beliau menawarkan pendidikan tentang peri penting membina kesejahteraan diri kepada masyarakat menerusi pendekatan terkini secara interaktif di laman web, facebook, forum dan yahoogroups.
Beliau telah menghasilkan beberapa ebook antaranya Rahsia Aura, Personaliti dan Signal Tubuh, Handbook EFT dan Jom Langsing yang mendapat sambutan hangat di internet. Pernah di wawancara beberapa kali diwawancara di majalah tempatan antaranya MiDi dan Mingguan Wanita dan kini berkongsi kepakaran menerusi ruangan Remaja Bersama Aniz pada setiap hari Sabtu di Utusan Malaysia. Berikut adalah antara isu yang pernah ditangani dalam ruangan ini.
Lebih membantu lagi pengalaman dibesarkan dalam latar belakang keluarga yang terlibat dalam bidang perubatan Islam lebih 30 tahun, penerokaan ilmu dan psikologi manusia, melalui sendiri sisi gelap fasa krisis kehilangan arwah ibu tercinta dan bangkit kembali meneruskan kehidupan beliau diberi ILHAM oleh Allah swt untuk menggarap satu MODUL KOMPREHENSIF yang cukup unik.
Modul yang menggabungjalinkan pendekatan displin ilmu kaunseling, pembentukan personaliti, pengurusan stress, Emotional Freedom Technique yang diolah dengan sistem kepercayaan Muslim yang meletakkan pergantungan dan rahmat Allah sebagai PEMILIK BERKUASA DAN PEMBANTU YANG AGUNG, kehebatan dan potensi sains minda serta pengaruhnya terhadap pola kehidupan, rawatan komplimentari, rahsia aura, kehebatan sinergi, frekuensi dan khazanah alam serta isi kandungannya juga meditasi Islam serta kuasa doa.
Semua ini digubal begitu indah, padat, ringkas, praktikal dan amat mudah difahami. InsyaAllah mampu dipelajari oleh siapa sahaja tidak kira apa juga latar belakang mereka waimah pelajar sekolah sekalipun.
Individu -
yang ingin menikmati penyembuhan diri, menikmati kebahagian dan kesejahteraan yang JUJUR, HOLISTIK dan TULEN serta mereka yang ingin, mempertingkatkan tahap keyakinan serta motivasi diri agar lebih konsisten, fokus, berterusan dan berdaya saing
Suami isteri - yang ingin memperbaiki kualiti, kasih sayang, keharmonian dan kesejahteraan kehidupan berumahtangga
Ibu bapa - yang ingin mendalami bagaimana kefahaman pengaruh gaya asuhan, indoktrin/cerapan pengalaman, dan peranan minda mampu mengesani personaliti & pola kehidupan anak-anak dan bagaimana cara mengatasinya
Pelajar – yang ingin memangkin POTENSI DIRI/MINDA dalam menjayakan kecemerlangan akademik dan berkeperibadian hebat serta punya karisma diri
Usahawan - yang mempunyai cita-cita menikmati kebebasan kewangan yang hebat dan luar biasa dengan menguasai kemahiran ilmu ‘internal programming”, kuasa minda dan kehebatan kuasa doa yang bakal merancakkan PENZAHIRAN KEJAYAAN YANG LEBIH GEMILANG DI SUDUT REALITI
Pesakit - Pesakit kronik ringan seperti darah tinggi, migrane, diabetis, astma, sinus, insomnia, obesiti dan sebagainya.
Sesiapa sahaja yang INGIN MENIKMATI KEAJAIBAN ALLAH DALAM PERSPEKTIF DISPLIN YANG DINAMAKAN INNER TECHNOLOGY - EFT, KUASA MINDA & DOA - Kefahaman bagaimana mengecapi personaliti diri yang harmoni, meneroka keajaiban interaksi sains minda, emosi, spritual serta KEAJAIBAN MUKJIZAT AIR yang mampu menjayakan transformasi secara fizikal & nyata!!!
PAKEJ BERKUMPULAN (mengikut tarikh yang ditetapkan)
PAKEJ INDIVIDU (mengikut tarikh yang dipersetujui bersama)
KUMPULAN
INDIVIDU
Lebih sesuai utk individu yg memiliki personaliti ekstrovert/peramah dan "keterbukaan" yg tinggi di dlm perkongsian ilmu
Penumpuan diberikan LEBIH KHUSUS kpd individu
Perkongsian eksklusif para peserta berkumpulan memberi "ruang" kpd peserta utk menikmati keindahan, pengalaman & inspirasi yg dibawakan
Lebih sesuai bg individu yg memiliki personaliti yg introvert/pendiam dan agak 'reserve'
Mampu meningkatkan rasa kesyukuran, iltizam dan potensi agar lebih yakin dan berani utk melakukan transformasi dgn saling berkongsi pandangan, ikhtibar dan ilmu.
Jangkamasa yg lebih singkat berbanding sesi berkumpulan yg mengambil masa dr 9.30pg - 5.30ptg.
Sungguhpun pengendalian bengkel ini diadakan secara berkumpulan namun "kerahsiaan" serta isu pokok yg menganggu akan tetap dipelihara ketika praktikal EFT dijalankan.
Lebih praktikal bg individu yg memiliki isu-isu yg kritikal serta melibatkan digniti diri dimana sesi personal coaching mampu memberi "ruang", "rasa selamat" dan keselesaan di pihak klien utk berkongsi isu yg menganggu.
Lebih praktikal, jimat dan bijaksana bagi mereka yg cintakan ilmu dan pengalaman. Para peserta dpt belajar drpd pengalaman dan motivasi diri setiap peserta yg lazimnya mempunyai pelbagai isu dan latarbelakang yg berbeza.
Pihak klien boleh memilih tarikh dan masa yg bersesuaian dgn kelapangan diri serta persetujuan bersama.
Nota: Testimoni yang disiarkan adalah dengan keizinan pihak klien untuk tujuan iktibar dan inspirasi. Nama samaran atau nama sebenar digunakan atas persetujuan klien. Segala usaha dilakukan bagi melindungi KERAHSIAAN & DIGNITY para sahabat & klien Klinik Sukses.