PS: Saya ingin mengajak anda untuk selami persoalan ini..

Anda dibelenggu dengan bayangan memori silam yang menjejaskan kehidupan anda… 

Anda dibayangi kesakitan  silam, benci, kesal, marah, dendam, sedih, terkilan, terluka dan kecewa yang tidak berpenghujung…

Sering tertanya-tanya kepada diri kenapa ‘kemelut konflik diri ini’ harus terjadi…kenapa…kenapa…dan kenapa aku yang terpilih…terperangkap dan dibelenggu???

Apa dosaku??? Apa salahku???

Anda benci, rimas, bosan dan putus asa dengan kehidupan yang anda jalani… anda terperangkap dengan masalah & buntu mencari jalan keluar... ingin terus bangkit dan sembuh tapi tidak berdaya…

Bagaimana ingin membereskan kelukaan mahupun kesakitan memori silam duka, kesal, benci, marah, dendam?

Bagaimana untuk menerima dengan penuh redha takdir yang hadir?

dan

Seterusnya bangkit dan sembuh secara total dengan menggunakan potensi diri anugerah Ilahi di dalam diri anda...

Mencipta transformasi dan seterusnya mengecapi keindahan revolusi diri penuh dengan kesyukuran yang gemilang, kemanisan, kejayaan, kebahagian, keharmonian, kekayaan dan kesejahteraan yang lebih tulen, jujur dan ikhlas dari hati yang penuh redha, sujud dan syukur kepada pemilik segala keagungan & kekuasaan alam maya ini...

Daripada: Aniz Hj. Anwar
Tarikh:
Per: Jemputan ke Life Coaching KLINIK SUKSES

Salam Rahmat buat para sahabat yang dikasihi Allah!

Cabaran, komitmen, amanah dan kehidupan adalah antara rencam yang harus dilalui setiap insan yang HIDUP. Namun tanpa persediaan, ilmu, pengalaman serta keimanan juga dokongan teknologi dalaman yang mantap, proses penyembuhan untuk bangkit meneruskan perjalanan boleh sahaja terhenti, terbelenggu dan tersentak.

Episod-episod dalam kehidupan yang menduga seperti perpisahan, penolakan, penceraian, kematian, musibah ujian kegawatan ekonomi, kurangnya perhatian dan kasih sayang, musibah penyakit,  hilang pekerjaan, difitnah, dizalimi serta pelbagai lagi cabaran yang hadir jika tidak dibereskan dengan sempurna boleh menggugat keharmonian jejak-jejak gemilang langkah seterusnya.

Kesakitan yang terpendam dalam sepi jika tidak dirawat mampu menjadi benih racun yang akan memudaratkan individu bukan sahaja membunuh potensi diri tetapi juga kehidupan itu sendiri!

Malah apa yang dikhuatiri juga disini emosi negative yang terpendam akan LEBIH menyebabkan tubuh individu berada di dalam paras keasidan yang tinggi disokong dengan gaya hidup serta pencemaran tidak mustahil berupaya menjadi medan magnet dan pemangkin mengundang masalah kesihatan pula.

 

BAGAIMANA IA BERMULA?

Ianya mungkin bermula dengan kekurangan oksigen di dalam tubuh yang sering migrane, mengalami masalah ketidakstabilan hormon bagi wanita, sinus yang kronik, tekanan darah tinggi, gastric, astma, batu karang tetapi tidak mustahil ianya akan membawa kepada penyakit pembawa maut yang digeruni ramai iaitu kanser. Mengikut kajian yang dilakukan hampir 70% hingga 90% para pesakit yang hadir mendapatkan rawatan di hospital mengalami masalah kesihatan yang saling berkait dengan STRESS.

 

BAGAIMANA PULA UNTUK MERAWATNYA?

Maka seharusnya jika diperhalusi disini, untuk mendapat KESEJAHTERAAN DIRI yang lebih tulen mencakupi aspek emosi, spiritual, minda dan FIZIKAL TUBUH - cara yang lebih jujur dan holistic perlu diusahakan dalam menangani symptom tubuh dan penyakit yang hadir.

Adalah lebih bijak untuk mendapatkan rawatan perubatan beriringan bersama bantuan profesional kaunselor mahupun therapist bagi membantu individu menangani cabaran yang hadir.

 

JANGAN LARI!

Menidakkan konflik emosi yang hadir dengan cara melarikan diri daripada masalah bukanlah sesuatu tindakan yang bijak dan selamat untuk jangkamasa panjang. Seringkali apa yang terjadi apabila emosi negatif kesedihan, kesakitan, kesalan, kecewa, putus asa, api benci, dendam dan amarah yang dibawa setiap detik dan saat maka inilah yang menganggu-gugat keharmonian diri serta impian ketenangan dan kebahagian yang dicari.

Mengambil sikap berterusan MENSABOTAJ DIRI, LEMPAR KESALAHAN KEPADA KEADAAN dan ORANG LAIN, MENCARI ALASAN bukanlah cara yang terbaik dalam usaha berhadapan dengan kenyataan dan realiti takdir yang hadir.

Kehidupan ini harus diisi dengan penuh rasa amanah, bertanggungjawab, adil dan bijaksana. Berpaksikan BERANI MELAKUKAN KOREKSI DIRI kerana Allah swt…takutkan Allah…yang diburu adalah SYURGA ALLAH, insyaAllah mudah-mudahan jejak-jejak bahagia mencari sejahtera dan syurga diberikan SOLUSI dan PENAWAR oleh Yang Maha Esa.

 

BAGAIMANA SAYA BOLEH BANTU ANDA?

Bersama KUPASAN EKSKLUSIF LIFE COACHING KLINIK SUKSES perincian indah mencari bahagia, sejahtera, melupus kesalan silam, kesakitan silam, benci, marah, putus asa, kecewa, sedih, derita, kehilangan, kesunyian, keliru dan buntu akan kita jelajahi bersama.

Berbekalkan pinjaman Allah, ilmu, kepakaran, pengalaman dan kompetensi dalam displin Kaunseling Psikologi, Perkembangan Personaliti juga Pengaruh Gaya Asuhan, Pengurusan Stress juga Krisis Intervensi, Perubatan Komplimentari Spritual dan Mukjizat Air, Emotional Freedom Technique, POTENSI Sains Minda, Pengaruh Law Of Attraction, Kuasa Doa dan Kehebatan Meditasi Islam serta Energi Alam digubal di dalam satu MODULE KOMPREHENSIF bagi membantu para sahabat yang ingin mengecapi evolusi indah TRANSFORMASI DIRI.

InsyaAllah SENYUMAN MANIS akan lahir dari hati luhur yang kini telah benar-benar bangkit sembuh, sejahtera, bahagia, ikhlas dan JUJUR tanpa perlu lagi bertopengkan kepura-puraan palsu. Yang paling MENGUJAKAN ~ Terapi praktikal ini dilakukan bersama-sama di dalam Klinik Sukses dan setiap peserta akan menikmati sendiri KESAKSIAN KEBERADAAN KEHEBATAN JUGA KASIH SAYANG ALLAH YANG CUKUP LUAR BIASA, insyaAllah.

 

ALAMI EFT

Dengan teknologi hujung jari EFT kuasa penyembuhan kini lebih PANTAS, MUDAH dan BERKESAN…sekelip mata kurang dari 5 minit mampu memberi KELAPANGAN, KEINDAHAN, KETENANGAN, KEBAHAGIAAN dan KESEJAHTERAAN yang anda dambakan selama hari ini!!! InsyaAllah… Sungguh AJAIB… Sungguh UNSANGKARABLE…Nak tahu??? Kena selaminya sendiri …

Yang pasti sebagai peserta Klinik Sukses anda tidak perlu gusar, bimbang ataupun ragu tentang persoalan isu kerahsian, rasa selamat dan digniti diri!!! KEAJAIBAN TEKNOLOGI EFT sangat luar biasa; hanya ucap kesyukuran mampu saya panjatkan atas anugerah pinjaman kompetensi diri.

Alhamdulillah tanpa saya mengetahui secara terperinci apa masalah sebenar klien mahupun peserta insyaAllah kejernihan fikiran, kelapangan hati, penyembuhan masih mampu dinikmati. Jadi PESERTA tak perlu bimbang ya tentang isu kerahsian dan dignity bersama Klinik Sukses. RASA SELAMAT ini insyaAllah mampu saya berikan ‘ruangnya untuk anda!!!

Namun bagi yang memiliki sikap dan keterbukaan yang tinggi dalam perkongsian ilmu, keterbukaan anda amatlah dialu-alukan insyaAllah saya percaya HIKMAH, PENGAJARAN dan KETERBUKAAN ini mampu memberi manfaat, ikhtibar dan inspirasi dengan perkongsian murni yang dibawakan nanti.

 

KUNCINYA! BAGAIMANA NAK REDHA?

Hanya apabila KEREDHAAN TOTAL yang dinikmati sahaja mampu menjadi sinergi kepada jejak-jejak gemilang kejayaan, kebahagian, kesejahteraan, keharmonian dan MAKNA kepada kehidupan yang anda lewati. Tidak kira sama ada dalam konteks kebahagian rumahtangga, kerjaya, perniagaan, hubungan kekeluargaan, kewangan mahupun pencarian jodoh insyaAllah KEINDAHAN RAHMAT yang anda impikan akan hadir tanpa sebarang sekatan mahupun halangan lagi.

Alhamdulillah, inilah sebahagian komentar lazim yang diberikan oleh para peserta…Subhanallah! Segala puji-pujian dan syukur dipanjatkan kepada Yang Esa…semuanya untuk saya kembalikan memakmurkan bumi Allah ini melunaskan amanah dan tanggungjawab yang tergalas di bahu dengan pinjaman RAHMAT ilmu, kepakaran dan pengalaman. InsyaAllah sama-sama kita saling lengkap-melengkapi dan kita NIKMATI BERSAMA KASIH SAYANGNYA!!!

Terokai KEAJAIBAN…Temui KEINDAHAN bersama penjelahan murni anda bersaya saya di dalam Life Coaching Klinik Sukses!!! Bertemu kita nanti…dengan izin Allah!

Heal Life… LIVE Life!!! Nikmati TRANSFORMASI… Jejaki REVOLUSI… Life can be phenomenal Rahmat once U’ve MAKE PEACE, HEAL and HAVE SELF ACCEPTANCE!!!

Gratitude unlocks the fullness of life. It turns what we have into enough, and more. It turns denial into acceptance, chaos into order, confusion into clarity.... It turns problems into gifts, failures into success, the unexpected into perfect timing, and mistakes into important events. Gratitude makes sense of our past, brings peace for today and creates a vision for tomorrow”~ Melodie Beattie

Semoga KEINDAHAN RAHMAT dan KASIH SAYANG ini menjadi anugerah yang bakal menyingkap tabir gemilang dalam perjalanan ini!

Latar belakang

Saya telah mula menyebarkan energi-energi rahmat pinjaman Ilahi sejak 2003 lagi melalui nama pena ketika itu nizwar75. Namun waktu itu lebih tertumpu kepada perkongsian ilmu dan konsultasi berkaitan produk-produk kecantikan dan kesihatan disamping perkongsian ilmu kuliah-kuliah sarjana yang saya hadiri ketika itu. Hanya setelah tamat pengajian Sarjana Kaunseling Psikologi pada 2007 saya memulakan Klinik Kaunseling dan membangunkan POTENSI INDIVIDU secara lebih serius.

Alhamdulillah dibesarkan di dalam lingkungan keluarga yang terlibat dalam perubatan Islam lebih 35 tahun dimana ayahanda saya sendiri Ustaz Anwar banyak menabur bakti di jalan fardhu kifayah ini telah menyuntik semangat untuk memberikan penambahbaikan terhadap perkhidmatan yang ditawarkan. Niat yang pada mulanya untuk mencari ilmu untuk keperluan amanah diri agar dapat memberikan hak sebagai ibu, isteri dan anak dengan mengikuti Major Kaunseling Keluarga dan Perkahwinan ketika mengikuti Kuliah Sarjana rupa-rupanya telah membuka lembaran RAHMAT yang lebih gemilang dalam kehidupan saya.

Perencanan Allah sangat hebat, penerokaan kuasa internet mencari rezeki sampingan di hujung jari dari 2003 hingga 2007 memberi keyakinan kepada saya untuk menerobos dimensi baru dalam dunia kaunseling tanpa sempadan. Dengan kecanggihan teknologi serta kepakaran dan pengalaman yang dikutip, alhamdulillah MISI MURNI membawakan kemakmuran di bumi Allah menyaksikan sambutan yang luar biasa.

Mengendalikan sesi kaunseling secara online kini lebih mudah, pantas dan berkesan walau di mana sahaja pihak klien berada  tidak kira sama ada di Malaysia, Singapore, United Kingdom, Australia, Timur Tengah, ASIA jarak bukan lagi pemisah dan ALASAN untuk mendapatkan bantuan pakar dan professional kaunselor.

Sebagai hamba Allah dan individu yang tidak terlepas dari ujian Allah, memberikan lagi MAKNA kepada MISI MURNI yang dibawakan. Bukan sekadar omongan kosong teori semata-mata tetapi praktikal realiti pengalaman menjadi GURU HEBAT yang jujur dalam membantu para klien dan para sahabat yang mendambakan bantuan lanjut. Kupasan komprehensif membawa kesejahteraan yang holistik dari segi minda, emosi, spiritual dan fizikal semuanya digarap di dalam MODULE LIFE COACHING KLINIK SUKSES khususnya ditawarkan bagi individu yang telah benar-benar bersedia untuk bangkit dan sembuh.

Pada bulan April 2010, perjalanan RAHMAT ini digemerlapkan lagi KEINDAHANNYA dengan BRILLIANT PARTNERSHIP bersama World Wellness Network bersama pengasas hebat yang tidak asing lagi Dato Dr Noordin Darus dan sokongan sahabat lama Pn Syikin Jana dari Ekin Wellness.

Bagai disusun Allah, menggalas amanah sebagai seorang Kaunselor dan Therapist merawat kesakitan-kesakitan yang tidak kelihatan, Allah KETEMUKAN SOLUSI dan PENAWAR TERHEBATNYA sebagai bukti KASIH SAYANG ILAHI terhadap hambanya iaitu  KEAJAIBAN MUKJIZAT AIR. AIR MEMILIKI POTENSI SEBAGAI AGEN PERAKAM, PENYIMPAN, TRANSFORMASI DOA dan REVOLUSI IMPIAN yang sangat luar biasa. Rahmat Penawar  dan Solusi ini berupaya menjadi sinergi hebat yang bersahaja, automatis dan MUJARAB sekiranya kena pada tempatnya ‘ilmu’ perakam doa ini dipraktikkan.

Semoga KEINDAHAN UKHWAH MEMBINA KESEJAHTERAAN DIRI secara kolektif, berkumpulan dan berjemaah ini mampu menyaksikan lebih ramai lagi POTENSI-POTENSI DIRI YANG HEBAT digilap dan dibangunkan.

Kepercayaan, sokongan, doa dan harapan yang dibawakan oleh para sahabat yang dikasihi Allah mudah-mudahan akan terus GEMILANG MELAKAR SEJARAH INDAH INSPIRASI MURNI yang dibawakan. Melunaskan amanah dan tanggungjawab sebagai khalifah di bumi Allah menjalin hubungan harmoni dalam konteks diri sendiri, PENCIPTA serta hubungan sesama manusia serta alam membuahkan hasil lukisan hidup yang lebih bermakna lagi hendaknya, insyaAllah!!!

 

Pendekatan

Dalam menangani permasalahan dan cabaran kehidupan seperti masalah rumahtangga, kerjaya, stress, kemurungan, putus cinta, masalah kewangan, kehilangan pekerjaan, mangsa penderaan, pencabulan, gangguan metafizik, iktiar zuriat, ikhtiar jodoh, anak lemah dalam akademik dan sebagainya saya mengetengahkan integrasi ilmu kaunseling, meditasi Islam, kuasa doa dan sains minda (sekiranya ada keperluan klien akan dibantu dengan pendekatan NATURAL REMEDY ~ sleep theraphy, water theraphy, juice theraphy dan sebagainya yang bersifat semulajadi).

Pendekatan ini menitikberatkan keseimbangan dan kesejahteraan emosi, spiritual, mental dan fizikal. Disini penerokaan “RAHSIA MENGENAL DIRI” dilakukan untuk membantu pesakit melihat dan merenung ke dalam dirinya mencari kekuatan dan potensi diri yang ada untuk dimanfaatkan juga digembelingkan bersama dalam menjayakan transformasi yang diimpikan.

Lazimnya apabila individu dilanda masalah emosinya akan terkesan. Menerusi aplikasi ilmu kaunseling, penerokaan dilakukan untuk membantu klien agar mampu meluahkan segala isi hati ataupun masalah yang terpendam. Konsekuen dari emosi yang terganggu akan mengesani aspek fizikal juga tingkahlaku dimana  imunisasi tubuh terjejas, badan menjadi lebih asidik,  menyebabkan keletihan, tidak bersemangat, murung, mudah sensitif, panas baran, risau, bimbang dan sebagainya. Lazimnya pesakit juga sering mengadu sakit kepala, cirit birit, alergik, lesu dan tidak fokus.

Menerusi kaedah Emotional Freedom Technique (EFT) aspek emosi yang terbeban dengan segala macam isu dan masalah akan disingkirkan dan klien dibantu bagaimana untuk menyuntik keharmonian dan memberi MAKNA kepada pengalaman yang dilalui. Disinilah HIKMAH dan MANISNYA perjuangan berhadapan cabaran bakal dinikmati KEINDAHANNYA.

Menerusi pendekatan pemantapan aura dengan applikasi unsur-unsur yang dekat dengan manusia itu sendiri lebih lagi buat yang Muslim iaitu mukjizat air dan peranan warna dalam kehidupan serta remedi daripada alam semulajadi yang terdiri daripada tumbuh-tumbuhan mahupun buah-buahan akan dikongsikan sebagai sumber energy sampingan untuk mempermudahkan proses penyembuhan dari aspek fizikal.

Manakala dari segi mental ataupun kognitifnya klien akan dibantu untuk menyingkirkan pemikiran yang tidak rasional seterusnya mengaplikasi teknik sains minda yang tepat menerusi bagaimana cara untuk mencapai gelombang alpha dengan mudah dan berkesan.

Disini teknik visualisasi, positif self-talk, affirmasi minda yang positif akan diajar untuk membantu klien menangani isu ataupun permasalahan yang dihadapi. Bukan itu sahaja para klien juga akan didedahkan bagaimana adab dan seni berdoa yang berkesan. Dan akhir sekali yang menjadi sumber kekuatan dalam proses penyembuhan ini iaitu yang dinamakan meditasi Islam diajarkan kepada klien. Teknik pernafasan, kelebihan zikrullah, qiamulail juga amalan-amalan sunnah yang lain digemblingkan secara serentak untuk membina kekuatan diri dan seterusnya melalui proses penyembuhan secara mantap, holistik dan berkesan.

Dari aspek fizikal dan tingkahlaku pula klien akan dianjurkan terapi-terapi tertentu untuk membantu kelangsungan iltizam dan semangat transformasi yang diimpikan.

Sesungguhnya TIADA YANG MUSTAHIL…untuk dinikmati dengan syarat ANDA SENDIRI MEMBERI KEBENARAN pada diri untuk menikmati TRANSFORMASI itu. YAKIN, PERCAYA… BERI RUANG…. BERI PELUANG… MIMPI MAMPU MENJADI REALITI YANG INDAH DAN MEMBAHAGIAKAN…

Semoga bertemu KEAJAIBAN, KEINDAHAN DAN JAWAPAN YANG ANDA CARI-CARI itu bersama Klinik Sukses!!! InsyaAllah…

 

RAHSIA-RAHSIA yang akan dibongkar dalam Klinik Sukses!

RAHSIA Personaliti dan Gaya Asuhan Dalam Mencorak Trait Personaliti Individu
RAHSIA Bagaimana Menyingkirkan Trait Personaliti Tidak Harmoni Yang Diwarisi
RAHSIA Stress, Pendaman Emosi & SIGNAL tubuh…anda ingin SIHAT, SEJAHTERA SECARA SEMULAJADI?
RAHSIA Emotional Freedom Technique (EFT) sebagai Self Healing yang Menakjubkan
RAHSIA Hukum Penarikan Dan Kehidupan dari perspektif Islam
RAHSIA untuk menjayakan doa & impian ANDA yg mungkin tidak pernah dikupas oleh penceramah lain…atas TIKET apa???
RAHSIA Otak Kiri dan Otak Kanan
RAHSIA Meditasi Islam, Sains Minda dan Energi Gelombang Alam Sebagai Pemangkin Transformasi Hebat…

Video Preview Life Coaching KLINIK SUKSES

--------------------------------------------------------------------------------------

Preview Life Coaching KLINIK SUKSES
eBook RAHSIA AURA: Personaliti & Signal Tubuh
eBook Exploring EFT
Tips-Tips Inspirasi Kehidupan - terus dalam email anda
Info terkini program-program anjuran saya

*Klik pada imej di atas untuk terima PAKEJ SUBSCRIBER

******************************************

Keistimewaan Klinik Sukses

Dalam Klinik Sukses, peserta akan didedahkan kepada teknik untuk mencapai POTENSI DIRI dan KEREDHAAN TOTAL. Pelbagai terapi, perkongsian ilmu dan pengalaman bakal dibawakan dan antara yang SIGNIFIKAN adalah Emotional Freedom Technique (EFT).

Dengan izin Allah, teknik EFT yang digubal semula bersesuaian dengan nilaian dan kepercayaan sebagai individu Muslim yang meletakkan pergantungan diri kepada Allah, TIADA YANG MUSTAHIL - mampu memberikan KEAJAIBAN YANG SUNGGUH LUAR BIASA!

Alhamdulillah dengan menjalani terapi yang lazimnya kurang dari 5 minit (bergantung kepada bebanan dan isu yang hadir) telah berjaya mengembalikan sinar kebahagian, keyakinan dan POTENSI DIRI yang dimiliki kepada klien-klien saya. Teknik ini juga boleh digunakan untuk semua jenis masalah, keadaan dan situasi.

Anda stress, kemurungan, gagal mencapai cita-cita, lambat jodoh, putus cinta, masalah rumahtangga, masalah kewangan, kehamilan, kesihatan, ingin kurus , migrane, astma, diabetes, sinus dan apa saja.. Insyallah ramai yang telah berjaya dengannya.

Anda tidak percaya??? Emm.. TIADA YANG PELIK sebenarnya! Displin ilmu serta dunia kaunseling juga melalui evolusi ~ Ini bukan omongan PROMOSI KOSONG tetapi inilah HAKIKAT KEINDAHAN DAN KEAJAIABAN ILAHI, jika Allah mampu menguruskan seisi semesta ini dengan cukup indah dan teratur masakan tidak Allah mampu mengurus sekelumit isu kecil dalam diri hambaNYA…

Semua ini mampu dinikmati dengan KEAJAIBAN EFT… “ONE MINUTE WONDER Tak percaya lagi! Nah…saksikan SENDIRI EMPIRIKAL SAINS sebagai bukti saintifik di dalam VIDEO KLIP “INTRODUCTION TO EFT OLEH PENGASASNYA GARY!!!

Tidak sampai beberapa minit masalah yang sepatutnya diselesaikan dengan pengambilan nutrisi dan ubat-ubatan BERBULAN-BULAN lamanya mampu dibereskan dengan HANYA SEKELIP MATA dengan EFT!!! Hebat sungguh PENAWAR ILAHI dalam kehidupan.

So WHY WAIT? Terokai keajaiaban EFT bersama Klinik Sukses, ANDA akan kagum dengan keindahan SELF HEALING mudah, pantas dan berkesan!

 

Siapa yang harus hadir?

Ibubapa - Fahami RAHSIA pembentukan personaliti berdasarkan GAYA ASUHAN dan bagaimana peranan kuasa minda dan imaginatif membantu pembentukan peribadi, sahsiah insan yang kamil serta kecemerlangan akademik anak-anak.
Suami isteri - yang ingin menjayakan lagi MAHLIGAI IMPIAN yang lebih harmonis, sejahtera dan diberkati Ilahi.
Individu - yang dilanda konflik dan kesalan silam serta masalah yang tidak berpenghujung malah makin hari makin bertimpa-timpa satu-satu UJIAN hadir di dalam kehidupan sehinggakan sesak, rimas, buntu dan keliru memilih arah hidup.
Pelajar – Strategi mengoptimumkan minda dengan peranan otak kanan dan kiri dalam membantu proses pembelajaran dan MISI mencipta kejayaan yang luar biasa di dalam peperiksaan.
Usahawan – RAHSIA kejayaan memaksimakan pendapatan dan  perniagaan anda melalui Hukum Penarikan dan Gelombang Minda. Mengenalpasti POTENSI DIRI, MINAT dan PERSONALITI yang bersesuaian dengan bidang yang diceburi bagi memastikan KEJAYAAN yang mampu memberi makna dan kepuasan diri.
Pesakit - Pesakit kronik ringan spt kencing manis, darah tinggi, migrain, gastrik, astma, sinus, kanser di peringkat awal dsbnya – terokai keajaiban kuasa penyembuhan di hujung jari anda (dengan izin Allah) dgn Emotional Freedom Technique (EFT) – pantas, mudah dan berkesan – boleh dipelajari oleh sesiapa sahaja! Disamping KEAJAIBAN Meditasi Islam, Kuasa Doa dan Sains Minda dalam menjayakan penyembuhan diri yang diimpikan.
Sesiapa sahaja yang INGIN MENIKMATI KEAJAIBAN ALLAH DALAM PERSPEKTIF DISPLIN YANG DINAMAKAN INNER TECHNOLOGY - EFT, KUASA MINDA & DOA - Kefahaman bagaimana mengecapi personaliti diri yang harmoni, meneroka keajaiban interaksi sains minda, emosi, spritual serta KEAJAIBAN MUKJIZAT AIR yang mampu menjayakan transformasi secara fizikal & nyata!!!

 

Pakej ditawarkan

PAKEJ BERKUMPULAN (mengikut tarikh yang ditetapkan)
PAKEJ INDIVIDU (mengikut tarikh yang dipersetujui bersama)

MAKLUMAT SESI KUMPULAN & INDIVIDU

KUMPULAN
INDIVIDU

Lebih sesuai utk individu yg memiliki personaliti ekstrovert/peramah dan "keterbukaan" yg tinggi di dlm perkongsian ilmu

Penumpuan diberikan LEBIH KHUSUS kpd individu

Perkongsian eksklusif para peserta berkumpulan memberi "ruang" kpd peserta utk menikmati keindahan, pengalaman & inspirasi yg dibawakan

Lebih sesuai bg individu yg memiliki personaliti yg introvert/pendiam dan agak 'reserve'

Mampu meningkatkan rasa kesyukuran, iltizam dan potensi agar lebih yakin dan berani utk melakukan transformasi dgn saling berkongsi pandangan, ikhtibar dan ilmu.

Jangkamasa yg lebih singkat berbanding sesi berkumpulan yg mengambil masa dr 9.30pg - 5.30ptg.

Sungguhpun pengendalian bengkel ini diadakan secara berkumpulan namun "kerahsian" serta isu pokok yg menganggu akan tetap dipelihara ketika praktikal EFT dijalankan. Kecuali dgn keizinan dan keterbukaan klien sendiri utk berkongsi isu yg menganggu beliau secara terbuka ~ atas pilihan masing-masing.

Lebih praktikal bg individu yg memiliki isu-isu yg kritikal serta melibatkan digniti diri dimana sesi personal coaching mampu memberi "ruang", "rasa selamat" dan keselesaan di pihak klien utk berkongsi isu yg menganggu.

Lebih praktikal, jimat dan bijaksana bagi mereka yg cintakan ilmu dan pengalaman. Para peserta dpt belajar  drpd pengalaman dan motivasi diri setiap peserta yg lazimnya mempunyai pelbagai isu dan latarbelakang yg berbeza.

Pihak klien boleh memilih tarikh dan masa yg bersesuaian dgn kelapangan diri serta persetujuan bersama.

Testimonial Peserta

Nota: Testimoni yang disiarkan adalah dengan keizinan pihak klien untuk tujuan iktibar dan inspirasi. Nama samaran atau nama sebenar digunakan atas persetujuan klien. Segala usaha dilakukan bagi melindungi KERAHSIAAN & DIGNITY para sahabat & klien Klinik Sukses.

*******************************************************************************************

Dengan menyertai program ini anda layak mendapat:

Sesi Personal Life Coaching secara intensif dan interaktif selama 7 jam
Modul yang komprehensif
reseat klinik sukses Re-seat program dgn kadar istimewa (utk program yang akan datang mengikut pilihan anda)

Bukan itu sahaja, saya juga ada sediakan BONUS PERCUMA untuk anda sebagai peserta, dapatkannya sekarang!

BONUS PERCUMA
rx17
Sebotol Air Terapi Kesejahteraan
Perkhidmatan Ukur Aura anda
sesi kaunseling Sesi refleksi secara online bernilai RM50 (selepas sesi mengikut tarikh dan masa yg dipersetujui bersama)

 

Berapa yang anda perlu bayar untuk mendapatkan semua ini?

 

Program Terkini!
 

Life Coaching KLINIK SUKSES - Sesi Kumpulan

Tarikh
:
Ahad, 7 November 2010
Masa
:
10 am - 5 pm
Tempat
:
Shah Alam, Selangor
Yuran
:
RM280

*Untuk sesi individu, sila cadangkan tarikh & masa pilihan anda & emailkan ke nurqudrah786@gmail.com utk persetujuan.

*Ingin dapatkan Preview program terlebih dahulu? - klik sini

 

Jumpa saya dalam KLINIK SUKSES!

Salam inspirasi,

ps. Jangan lupa dapatkan preview program di sini

 

[Utama] [Affiliate][Terma][Hubungi]