Salam Rahmat,

Terima kasih saya ucapkan kerana kesudian anda melayari laman web ini. Mungkin ini kunjungan pertama anda ke sini atau mungkin ini juga kunjungan yang kedua,  ketiga malah tidak terhitung lagi bagi menikmati intipati yang disajikan disini… Ahaa! Menarik dan tertarik nampaknya dengan PENEROKAAN EKSKLUSIF yang julung-julung kali dibawakan ini…

Mungkin juga anda sendiri tertanya, apa itu KLINIK SUKSES?

KLINIK SUKSES adalah satu sesi personal Life Coaching yang menggarapkan pendekatan holistik, mind-body-spiritual, dalam menyingkap rahsia dan potensi diri.

Insyallah, dengan bimbingan serta panduan dalam sesi ini anda akan mampu untuk NIKMATI KEAJAIBAN & KEINDAHAN ALLAH DALAM DIRI ANDA

RAHSIA DEMI RAHSIA YANG BAKAL ANDA SINGKAP TABIR JAWAPANNYA…

Aniz Hj. Anwar – Pengasas Klinik Sukses

Latar belakang  Aniz Hj. Anwar ~ Nur Qudrah Holistic Solution

  • Nur Qudrah Holistic Solution diasaskan oleh Pn Noraniza Hj Anwar atau lebih dikenali dengan panggilan Kak Aniz dikalangan kliennya. Dibesarkan dalam lingkungan keluarga yang terlibat dalam perawatan Islam melebihi 30 tahun memberikan Kak Aniz suntikan semangat dan keazaman untuk meneruskan khidmat fardu kifayah sebagai satu tuntutan dan tanggungjawab sebagai Muslim lebih-lebih buat mereka yang memerlukan.

  • Usia yang masih muda awal 30-an bukanlah satu penghalang untuk membina kematangan dan mendalami ilmu perawatan ini. Apabila ditanya darimana beliau mempelajari ini semua, jawabnya rata-rata ilmu yang dibawakan ini dipelajari beliau daripada ayahanda tercintanya iaitu Haji Anwar atau lebih dikenali dengan panggilan Ustaz Anwar. Minat yang mendalam ini diperkemaskan lagi dengan meneruskan pengajian di peringkat SARJANA dalam bidang kaunseling psikologi.  Kak Aniz melahirkan kesyukuran dan merasa teruja untuk membawakan perkongsian ini kepada masyarakat sebagai wadah ilmu untuk sama-sama memakmurkan bumi Allah menerusi pengalaman dan ilmu yang diterokai.

  • Menerusi pengalaman serta kisah-kisah pahit manis suka duka masyarakat yang hadir ke teratak keluarganya, memberikan cetusan idea untuk memperkemaskan khidmat yang diberi dengan penambahbaikan menerusi integrasi displin kaunseling, perawatan Islam dan sains minda dalam merawat klien. Menurut beliau dugaan dan cabaran datang dan pergi dalam kehidupan manusia. Ada insan diuji dengan musibah penyakit, kemiskinan, perpisahan, kasih sayang dan sebagainya namun ini semua bukanlah suatu titik noktah untuk kita mengalah dalam meneruskan perjuangan dalam kehidupan.

  • Usah sesekali berputus harap akan rahmat Allah, setiap dugaan yang hadir pasti terselindung seribu hikmah. Sebagai contoh dari segi ujian musibah penyakit, terdapat beberapa faktor ujian ini diberikan

1. tidak dinafikan ada diantaranya yang melibatkan gangguan jin, iblis , sihir dan sebagainya,

2. sebagai kifarah atas perbuatan yang pernah dilakukan,

3. sebagai ujian peningkatan iman; dan

4. untuk diringankan azab individu tersebut apabila di akhirat kelak.

  • Apapun yang pastinya dalam berhadapan dengan ujian atau musibah ini bersangka baiklah pada Allah dan juga  persekitaran jangan mudah kita berprasangka. Menurut komen Kak Aniz, tanpa disedari kita membenarkan jalan masuk syaitan untuk menghasut diri kita untuk bermusuhan, berpecah-belah malah dalam diam konflik yang dibina mampu membunuh POTENSI DIRI dan KESEJAHTERAAN dalam melewati kehidupan.

  • Tambahan pula sudah banyak sekali nikmat Allah yang kita ambil apabila sekali-sekala diuji…apa salahnya, itu sebahagian tanda Allah kasihkan kita…PASTI ADA HIKMAH YANG TERSIRAT di dalamnya…itu juga sebahagian tanda orang beriman…Dimana ada cabaran dan dugaan disitu juga terbentang ruang luas untuk kita mengutip pahala disisi Allah sebenarnya…

  • Allah itu MAHA ADIL…dihadirkan ujian dan cabaran, DIA juga mengirimkan HADIAH SERTA PENAWARNYA…..kalian BERDOA, Allah menjawab lantaran itu insyaAllah kita dipertemukan untuk saling bantu dan melengkapi antara satu sama lain. Jangan sia-sia ANUGERAH dan PELUANG ini…bukan semua orang diberikan “HADIAH” ini…Semoga perkongsian dan pertemuan kita di dalam Klinik Sukses membawa manfaat dan keberkatan, insyaAllah.


Pendekatan Nur Qudrah Holistic Solution

  • Dalam menangani permasalahan dan cabaran kehidupan seperti masalah rumahtangga, kerjaya, stress, kemurungan, putus cinta, masalah kewangan, kehilangan pekerjaan, mangsa penderaan, pencabulan, gangguan metafizik, iktiar zuriat, ikhtiar jodoh, anak lemah dalam akademik dan sebagainya  Nur Qudrah Holistic Solution mengetengahkan integrasi ilmu kaunseling, meditasi Islam, kuasa doa dan sains minda (sekiranya ada keperluan klien akan dibantu dengan pendekatan NATURAL REMEDY ~ sleep theraphy, water theraphy, juice theraphy dan sebagainya yang bersifat semulajadi).

  • Pendekatan Nur Qudrah menitikberatkan keseimbangan dan kesejahteraan emosi, spiritual, mental dan fizikal. Disini penerokaan “RAHSIA MENGENAL DIRI” dilakukan untuk membantu pesakit melihat dan merenung ke dalam dirinya mencari kekuatan dan potensi diri yang ada untuk dimanfaatkan juga digembelingkan bersama dalam menjayakan transformasi yang diimpikan.

  • Lazimnya apabila individu dilanda masalah emosinya akan terkesan menerusi applikasi ilmu kaunseling penerokaan dilakukan untuk membantu klien agar mampu meluahkan segala isi hati ataupun masalah yang terpendam. Konsekuen dari emosi yang terganggu akan mengesani aspek fizikal juga tingkahlaku dimana  imunisasi tubuh terjejas, badan menjadi lebih asidik,  menyebabkan keletihan, tidak bersemangat, murung, mudah sensitif, panas baran, risau, bimbang dan sebagainya. Lazimnya pesakit juga sering mengadu sakit kepala, cirit birit, alergik, lesu dan tidak fokus.

  • Menerusi kaedah EFT aspek emosi yang terbeban dengan segala macam isu dan masalah akan disingkirkan dan klien dibantu bagaimana untuk menyuntik keharmonian dan memberi MAKNA kepada pengalaman yang dilalui. Disinilah HIKMAH dan MANISNYA perjuangan berhadapan cabaran bakal dinikmati KEINDAHANNYA.

  • Menerusi pendekatan pemantapan aura dengan applikasi unsur-unsur yang dekat dengan manusia itu sendiri lebih lagi buat yang Muslim iaitu mukjizat air dan peranan warna dalam kehidupan serta remedi daripada alam semulajadi yang terdiri daripa tumbuh-tumbuhan mahupun buah-buahan akan dikongsikan sebagai sumber energy sampingan untuk mempermudahkan proses penyembuhan dari aspek fizikal.

  • Manakala dari segi mental ataupun kognitifnya klien akan dibantu untuk menyingkirkan pemikiran yang tidak rasional seterusnya mengaplikasi teknik sains minda yang tepat menerusi bagaimana cara untuk mencapai gelombang alpha dengan mudah dan berkesan. Disini teknik visualisasi, positif self-talk, affirmasi minda yang positif akan diajar untuk membantu klien menangani isu ataupun permasalahan yang dihadapi. Bukan itu sahaja para klien juga akan didedahkan bagaimana adab dan seni berdoa yang berkesan. Dan akhir sekali yang menjadi sumber kekuatan dalam proses penyembuhan ini iaitu yang dinamakan meditasi Islam diajarkan kepada klien. Teknik pernafasan, kelebihan zikrullah, qiamulail juga amalan-amalan sunnah yang lain digemblingkan secara serentak untuk membina kekuatan diri dan seterusnya melalui proses penyembuhan secara mantap, holistik dan berkesan.

  • Dari aspek fizikal dan tingkahlaku pula klien akan dianjurkan theraphy-theraphy tertentu untuk membantu kelangsungan iltizam dan semangat transformasi yang diimpikan. Sesungguhnya TIADA YANG MUSTAHIL…untuk dinikmati dengan syarat ANDA SENDIRI MEMBERI KEBENARAN pada diri untuk menikmati TRANSFORMASI itu. YAKIN, PERCAYA…BERI RUANG….BERI PELUANG …MIMPI MAMPU MENJADI REALITI YANG INDAH DAN MEMBAHAGIAKAN…Semoga bertemu KEAJAIBAN, KEINDAHAN DAN JAWAPAN YANG ANDA CARI-CARI itu bersama Klinik Sukses!!! InsyaAllah…


KINI SEMUA INI DIGARAPKAN DALAM PROGRAM KLINIK SUKSES!

_____________________________________________________________________________________________________________________________________

Banyak penulisan motivasi dan perkongsian ilmu telah dilakukan di alam maya semenjak tahun 2003 dengan nama nizwar75. Yang terbaru adalah terhasilnya eBook RAHSIA Aura serta wawancara dengan majalah MIDI

Rahsia-Aura---standing

Meditasi Islam pg2

Meditasi Islam pg1

Daftar sekarang copy

RAHSIA & KEAJAIBAN yang akan dibongkar dalam Klinik Sukses

  • RAHSIA gelombang yg tepat dlm menjayakan doa & impian

  • RAHSIA sains minda yg dikupas dr perspektif sains & Islam

  • RAHSIA Law Of Attraction dr segi Islam

  • RAHSIA MEDITASI ISLAM & SAINS MINDA…

  • RAHSIA untuk menjayakan doa & impian ANDA yg mungkin tidak pernah dikupas oleh penceramah lain…atas TIKET apa???

  • RAHSIA OTAK KANAN & OTAK KIRI…dlm menjayakan impian.

  • RAHSIA Stress, Pendaman Emosi & SIGNAL tubuh…anda ingin SIHAT, SEJAHTERA SECARA SEMULAJADI, temui jawapannya di Klinik Sukses!

  • RAHSIA Emotional Freedom Technique ~ knowledge how to dispute the irrational belief & emotional pain + traumas, unfinished bisness, overwhleming problem, relationship, self esteem, bad habit, childhood issue, debts, weight problem etc…

Secara rumusan, ANDA akan menyingkap banyak RAHSIA dan temui suatu KEAJAIBAN, insyallah. Anda tidak perlu menghabiskan masa untuk membaca dan menelaah begitu banyak buku. Biar saya saja yang melakukan. YA! saya telah rumuskan begitu padat sekali dalam bengkel ini.

Daftar sekarang copy

Nanti dulu, anda tahukah bahawa Aura Diri juga boleh diukur? Lebih besar aura seseorang itu maka lebih mantaplah perisai diri seseorang itu. Bagaimana dengan aura anda? Bukan setakat aura Mawi je tau! Ingin tahu bagaimana tahap aura anda? Ya, saya berikan sekali secara percuma dalam program ini!!

Bukan itu saja, saya akan berikan juga sesi individu secara online secara percuma! Sesi individu ini bernilai RM50.. Bagaimana? Apa yang ingin dibincangkan dalam sesi ini? Apa saja isu yang membelenggu anda, biar saya berikan suntikan insight supaya anda dapat lihat sesuatu isu dari perspektif yang lain… Amacam, best tak?

011_013

bul_08UKURAN AURA DIRI PERCUMA

bul_08SATU SESI PERSONAL SECARA ONLINE BERNILAI RM50

______________________________________________________________________________

Apa uniknya Klinik Sukses berbanding program-program lain?

  • Dalam Klinik Sukses, peserta akan didedahkan kepada teknik untuk mencapai potensi diri. Pelbagai theraphy bakal dikongsikan dan antara yang SIGNIFIKAN adalah EFT. Teknik ini begitu baru di Malaysia dan boleh dikatakan saya adalah antara pengamal di Malaysia. Dengan izin Allah, teknik ini telah berjaya mengembalikan sinar kebahagian kepada klien-klien saya. Teknik ini juga boleh digunakan untuk semua jenis masalah, keadaan dan situasi. Anda stress, kemurungan, gagal mencapai cita-cita,  lambat jodoh, putus cinta, masalah rumahtangga, masalah kewangan, kehamilan, kesihatan, ingin kurus , migrane, diabetes, sinus dan apa saja.. Insyallah ramai yang telah berjaya dengannya.

  • Anda tidak percaya??? Emm.. TIADA YANG PELIK sebenarnya! Ini bukan omongan PROMOSI KOSONG tetapi inilah HAKIKAT KEINDAHAN DAN KEAJAIABAN ILAHI, jika Allah mampu menguruskan seisi semesta ini dengan cukup indah dan teratur masakan tidak Allah mampu mengurus sekelumit isu kecil dalam diri hambaNYA… semua ini mampu dinikmati dengan KEAJAIBAN EFT… “ONE MINUTE WONDER” … Tak percaya lagi! Nah…saksikan SENDIRI EMPIRIKAL SAINS sebagai bukti saintifik….tak sampai beberapa minit masalah yang sepatutnya diselesaikan dengan pengambilan nutrisi dan ubat-ubatan BERBULAN-BULAN lamanya boleh dibereskan dengan HANYA SEKELIP MATA dengan EFT!!! Hebat sungguh PENAWAR ILAHI dalam kehidupan…apa tunggu lagi? Terokai keajaiaban EFT bersama Klinik Sukses, ANDA akan kagum dengan keindahan SELF HEALING mudah, pantas dan berkesan!

Daftar sekarang copy

SIAPA YANG HARUS HADIR???

  • Ibubapa – fahami RAHSIA pembentukan personaliti berdasarkan GAYA ASUHAN dan bagaimana peranan kuasa minda dan imaginatif  membantu pembentukan peribadi , sahsiah insan yang kamil serta kecemerlangan akademik anak-anak

  • Pelajar – strategi mengoptimumkan minda dengan peranan otak kanan dan kiri dalam membantu proses pembelajaran

  • Usahawan – RAHSIA kejayaan melalui Hukum Penarikan dan Gelombang Minda

  • Pesakit kronik ringan spt kencing manis, darah tinggi, migrain , gastrik, sinus, kanser di peringkat awal dsbnya – terokai keajaiban kuasa penyembuhan di hujung jari anda (dengan izin Allah) dgn  Emotional Freedom Technique (EFT) – pantas, mudah dan berkesan – boleh dipelajari oleh sesiapa sahaja!

  • Sesiapa sahaja yang INGIN MENIKMATI KEAJAIBAN ALLAH DALAM PERSPEKTIF DISPLIN YANG  DINAMAKAN…INNER TECHNOLOGY…EFT , KUASA MINDA & DOA…keajaiban interaksi sains minda, emosi, spritual yang mampu menjayakan transformasi secara fizikal & nyata!!!

_____________________________________________________________________________

TESTIMONIAL PESERTA KLINIK SUKSES

Testimonial 1 (Cik Seri…Konflik Rumahtangga Diuji Saat Meneruskan Perjuangan PhD di perantauan, sempat lagik menghadirkan diri utk Klinik Sukses ketika pulang bercuti)

Alhamdulillah, minggu lepas saya berkesempatan mealui sesi bersama mapple & suami (from Korea …student gaks smbg PhD diuji konflik rumahtangga) DOA saya moga rumahtangga beliau pulih spt sediakala…

Cik Seri pun sempat juga hadir KLINIK SUKSES…manis, ayu orangnya…kuat semangat…cekal dan determine…semoga kejayaan dan kesejahteran mengiringi perjalanan mereka…Setiap yg hidup pasti diuji cuma bezanya bentuk ujian, mcm CIk Seri bertahun juga menahan sabar…ruang & peluang diberikan namun tiada hasilnya…tibalaa WAKTU beliau sendiri membuat KEPUTUSAN…istiharah…beliau AKUR…walaupun ujian HEBAT tapi jiwanya lebih tenang…buat rakan-rakan melewati ujian yg sama…boleh minta tips dr dia…salah seorang ibu tunggal yang kental semangat juang…dan berjiwa merdeka…HAPPYJER orangnya…dah puas menangis katanya…tapi saya tahu HAPPY beliau adalah JUJUR dr hati…yang kini PASRAH & REDHA atas ketentuan Ilahi….(sebabtulaa dia boleh gembira & ceria)…

Waktu ingin menghadiri KLINIK SUKSES pun bekas suami beliau yang menghantarnya ke Nur Qudrah…siap komennya you don’t seem need to be counseled…OKjek nampak..Jawab beliau…haa ah,tapi saya perlukan booster utk mind saya nie…Syukur alhamdulillah secebis ilmu yg dikongsikan…KEMBALI MEMOHON PETUNJUK ILAHi memberi sinar baru buat perjalanan beliau…

Respon Cik Seri :
kak aniz…
amboii…bagi kredit bukan main melambung kak..! gayat saya… hehehe..
Allah nak menguji, tak kira masa dan ketika… ujian demi ujian saya dapat kak… ingat boleh tarik nafas sikit buat sementara waktu, rupanya ada lagi sesi ujian seterusnya… begitulah kehidupan ye tak… saya sedih dan kebuntuan sebenarnya.. tapi saya juga bersyukur… saya tahu Allah sayang saya… maka setiap satu yang datang… layannn….!! Insyaallah, ada hikmah tersembunyi… saya tungguu..

Selepas setahun…
salam kak aniz,
masih ingat saya lagi..??
Just to let you know, my life is getting better. perjalanan hidup saya terasa semakin hari semakin menggembirakan. Saya masih belum bertemu pengganti, sunyi mmg sunyi… tetapi saya menikmati hari2 yang berlalu dgn limpahan kasih sayang anak2 dan keluarga… syukur atas apa yg ALLAH beri.. study saya juga semakin ok sekarang.. air mata pun dah semakin susah nak keluar kecuali kalau terlebih gelak…hehehe..
Terima kasih atas ukhwah yg terjalin antara kita. walau tak serapat mana namun saya sgt menghargai kehadiran kak aniz dlm hidup saya. Semoga usaha kak aniz terus-terusan success.

Cikseri,
Manchester, United Kingdom.

Respon Saya :

Ingat mau tak ingat…cik seri…dari jauh balik Malaysia join Klinik Sukseskan…Wahh! Nampaknya bertambah serilaa yer…Setiap yg berlaku ada HIKMAHNYA kan….syukur alhamdulillah, kak aniz tumpang gembira…dgn perkembangan terkini…Bab penggantitu, insyaAllah …MINTAK JER SELALU PADA ALLAH MOGA DIKETEMUKAN DGN PASANGAN YG TEPAT KALINIE…Not too worrylaa! Dgn penampilan cik seri yg ayu & lagi berseri kalahh beb anak dara tau…he…he…he…cuma beri ruang & masa…kalau semua pinta kita DIJAWAB ALLAH MAHU JUGAK KITA SENDIRI PUN TERGEZUTTT…Masa akan menjawab segalanya…
Ok Seri! Take Care…Jaga diri & anak baik-baik …moga mereka menjadi insan HEBAT MACAM IBUNYA…

Salam…
Kak ANiz

___________________________________________________

Testimonial 2 (Cik Delaila ~ Putus Cinta & Ikhtiar Jodoh )

if akak ingat lagi…sy Delaila..ur klien dulu.. dulu ada dtg jmp kak aniz.. individual consultation masalah cinta.. sy smbg master kat ustm ni.. bz sgt…so fokus kat blaja dulu…
hmm…tak lama lg nk abis la ni…

apa yg akak ajar dulu sy praktikkan..alhamdulillah… perjalanan hidup jd mudah dgn bantuan Allah… dpt keluar dr kesedihan…rasa hidup lebih bermakna… kdg2 mende simple kite visualise kan dlm minda.. insyaAllah akan dpt…alhamdulillah…:))

baru2 ni…sy jmp seseorang yg ada ciri2 suami yg sy nak… but now stil level kwn2 je dulu… so b4 going further…kite mestilah nk tnya Allah kan? solat istikharah.. sy ada catat nota dgn akak dulu.. seeloknya pose 7 hari dan mlm nye solat istikharah.. mlm terakhir bukak Al-Quran…kira huruf syim & kho. saya lupa…yg mana elok ngan tak elok utk teruskan ye??.
harap akak dpt ingatkan sy…
tima kaseh byk2…

~ hee insyaAllah makan nasik minyaklaa tak lama lagi…akak doakan yer!!!

___________________________________________________________

Testimonial 3 (Childhood Isu, Putus Cinta & Ikhtiar Jodoh)

Nina bukan nama sebenar…puteri sulung daripada 4 orang adik beradik. Kehidupan beliau diuji apabila ayah yang tersayang mengalami masalah kesihatan dimana sukar bergerak…masalah sendi & tulang ~ paralysed. Tugas mencari rezeki digalas oleh ibu…tekanan hidup secara tidak langsung memberi kesan terhadap Nina…walaupun masih kecil tetapi tanggungjawab yg diberikan seringkali membuatkan beliau rasa tertekan, kehidupan kanak-kanaknya tidak seperti kanak-kanak lain. Ada ketikanya beliau mengambil-alih tugas ibu menjaga ayah dan hal ehwal kebajikan adik-adik NAMUN SEMANGAT puteri ini kental…tekanan ini membuatkan beliau BELAJAR BERSUNGGUH-SUNGGUH dan akhirnya BERJAYA menempatkan diri di sekolah berasrama penuh.

Namun ‘rasa kecil hati’, geram, marah pada ibu (1 perkara yg tidak bisa DINAFIKAN apabila iseseorg ndividu itu berada di dalam keadaan tertekan mereka LEBIH CENDERUNG MENGALIHKAN TEKANAN ITU KPD ORANG LAIN….dan selalu yang menjadi mangsanya adalah INSAN-INSAN YANG DEKAT DGN MEREKA…tekanan ibu mengharungi hidup ujian getir ini dilepaskan pd puteri sulung ini). Masih belum beres rupanya silam Nina & ibunya – kecil hati ini dipendam rupanya…~ boleh bercakap tetapi tak boleh kamcing @ NGAM macam ibu & anak2 yg lain mudah sungguh hatitu nak tercalar… Sehinggalaa usianya mencecah 28 tahun…dalam SESI 1 ~ konsultasi & kaunseling putus cintanya tanpa disangka ISU PENDAMAN bersama ibu berjaya dibereskan dengan cemerlang….Alhamdulillah masuk sesi December 2007 kini July 2009…(nampak gaya memang KONTRAK seumur hidup dgn klien sorangnie…I’VE SEEN THE MIRACLES IN HER SINCE OUR FIRST MET IN SESSION..tremendous actually dari yang bersedih,kecewa, buntu,keliru but now…Subhanallah)…

Guess what???Alhamdulillah she is also menghitung hari now…nak makan nasik minyak! LOVE IS IN THE AIRRR!!!Belajar mind power & MIRACLE DOA…bagaimana menjayakan MISI MENAMATKAN ZAMAN BUJANG…Cayalaa ! Adik sorangnie…she’s survivor! Pejuang jatuh bangun bercinta dan bercinta lagi tidak mudah mengalah…~ pendek kata kalau masuk sesi dan menangisnie..memang dialaa orangnya, salah seorg klienku yang menyebabkan permintaan tisu di Giant Shah Alam meningkat…wakaka….jangan marah dek nun akak guraujer…. Rahsia BELIAU MUDAH…sabar, ikhlas, istiqamah & komitmen menghadiri sesi (upon her request akak tak tetapkan pun kecuali utk 3 sesi pertamatu ~ ini yang lagi BERKAT ilmu dikongsikan atas permintaan yg BERHAJAT) + JANGAN LUPA MINTAK PADA ALLAH…pasti Allah hadirkan “HADIAHNYA”…Rajin, displin & menurut kata tok guru…jujur!Kami memang rapat…namun when it comes to consultation, she has respect for others profesion…sama gaks mcm klien lain kena beratur, set apmt & pay the fees…taklaa macam sebhgn2 suker ati mengambil kesempatan…nak free…saborjerklaa (memacam adaaa…)

________________________________________________________

Testimonial 4 ( Pn Syaif ~ Loss & Grief dimana baru kehilangan ibu tercinta akibat kanser rahim, Childhood Isu ~ rasa terpinggir & kurang kasih sayang serta perhatian ibubapa & konflik keluarga)

Pn Syaif dibesar oleh datuk & nenek di kampung sehinggalah datuk & nenek meninggal. Alhamdulillah kecemerlangan akademik setelah tamat SPM,beliau meneruskan pengajian di IPTA. Namun rasa kecil hati & terpinggir disimpan dalam diam…rupanya sangkaan beliau selama ini ada kebenarannya apabila semua ini tersingkap menjelang hari bersejarah dalam hidupnya yang bakal bergelar isteri. Namun, Allah MAHA Adil….diturunkan ujian Allah juga turunkan perencanaan yang cukup indah & teratur melengkapi ketidaksempurnaan yang hadir.

Setelah berumahtangga & tambah pula menyaksikan sendri perjuangan hebat arwah ibu berdepan dengan penyakit kanser, beliau akur…sesungguhNYA kasih sayang & perngorbanan ibu tidak ternilai…..terdapat sedikit kesal krn tidak sempat menikmati saat-saat indah lebih lama dengan ibu untuk membalas segala jasa & pengorbanan ibu selama ini. Kini Syaifiza lebih mengerti mengerti setelah bergelar isteri & ibui…rupa-rupanya selama ini dalam diam ibu banyak menyimpan rahsia…dalam diam hati ibu terguris bila ibu bukanlah calon menantu pilihan.

Namun kasih & jodoh ibu kuat dgn ayahnya… Cuma sedikit kecil hati, apabila isu pembahagian harta arwah ibu yang meninggal menimbulkan kerenggangan dalam hubungan adik-beradik & ayah. Walaubagaimanapun…Alhamdulillah, sbg therapist saya sangat bersyukur…krn dapat membantu Syaifiza bangkit dari kesedihan kehilangan ibu tercinta & kecil hati yang selama ini berpuluh tahun terpendam.  Berkenaan pembahagian harta…kecil hati…itu merupakan ujian Allah. SABAR, TULUS, IKHLAS…insyaAllah Allah akan berikan penyelesaian yang terindah.  Banyakkan berdoa, munajat…moga ADIL & EHSAN juga syariat Allah menjadi panduan bukan sifat tamak menguasai diri. (Kasihan arwah ibu…daripada membenarkan syaitan terus menghuru-harakan diri disebabkan harta peninggalan arwah ada murninya banyakkan doa & sedekah atas nama ibu…mendoakan kesejahteraan beliau yg telah kembali…doa dari anak-anak yang soleh itulah antara bekal yg dibawa pulang).  Saya mendoakan semoga kehidupan beliau sekeluarga lebih HARMONI & SEJAHTERA hendaknya…semoga rahmat Allah mengiringi perjalanannya…

__________________________________________________________

Testimonial 5 (Pn Jiha ~ Masalah Kerjaya dari segi hubungan rakan sekerja & boss, melayan kerenah ibu di usia emas serta anak )

Salam…

Sorry senyap lepas jumpa anis tempoh hari bukannya apa, nak menikmati apa yang aniz ajarkan tu. EFT tu memang berkesan, alhamdullilah… Syukur sekarang kalau tension je saya buat itu sahaja. Yang lebih terharu tentang mariah, saya terlupa yg aniz ajarkan doa tu, baru 2 hari lepas saya amalkan selepas dia tidur, alhamdullillah syukur berkesan Aniz, dia . Sebelum tidur, taklah seperti selalu , dia dah mula cool down banyak dia memang memberontak tak nak tidur awal sebab nak tengok tv,selalu tu bangun
pagi pun bising2..sekarang ni alhamdullilah dia menjadi anak mendengar kata.. kalau dia tak puas hati pun taklah macam dulu…saya buat lepas saya solat tahjud.
Apa pun terima kasihlah aniz…saya tak tahu nak cakap apa…hanya allah sahaja Yg dapat membalasnya.

_________________________________________________________________

Testimonial 6 (Pn Sari & En Ikrab ~ masalah SAKA, sukar hamil dan rumahtangga yang kurang harmoni)

Merupakan kenalan lama,  sering mengadu kasih ada marriage & communication problem with husband…selalunya jadi pendengarlaa…ibarat kakak mendengar masalah adik.  Sehinggalah baru2nie, beliau diuji dgn gangguan org ketiga…alhamduillah ‘settle’ berubat dgn abah. Yang terkini, beliau mengambil langkah pantas apabila dah ramai menyebut yg dia sukar hamil sebab ada gangguan saka dr sebelah ibu suami… Perencanaan Allah sangat hebat, bagai disusun-susun…tgh menjalani treatment kesuburan & kehamilan…nampak SANGAT JELAS & NYATA… all this while bila scan telur hanya dari rahim sebelah kanan sahaja (bukan sekali dua dah menjalani rawatan kesuburan) tetapi sekarang telur terdapat dikedua-dua belah rahim sihat-sihat pulaktu…besar-besar…

Pagi berubat, petang SCAN…nak buat IUI…hopefully they’ll make it this time…Yang bestnya…siap hubby Sara bermimpi…lawan dgn hantu…dia bunuh hantu & menjerit Allahu Akbar….(haa kes mcmnie memang jelaslaa ada gangguan, jujur tak dinafikan sebahagian kes-kes yang melibatkan konflik rumahtangga memang ada unsur gangguannie tapi sendiri mahu ingatlaa…menghuru-harakan manusiatu DAH MEMANG profesion spesis bertanduknie…InsyaAllah PENAWARNYA mudahjer….DEKATKAN DENGAN ALLAH…insyaAllah yang tak baiktu akan panas sendiri…kalau rasa tak settle….tak OK gaks…ikhtiarlaa..Cuma beza kat Klinik Suksesnie…UNDER ONE ROOF…insyaAllah boleh dibantu ikut kepakaran …bidang…saya & abah…

________________________________________________________________________________________

Testimonial 7 ( Cik Liya ~ Childhood Isu – kesal tak belajar sungguh & PILIH KASIH, Stress Kerja, Berat Badan & Bisnes)

Seorang yang optimis,  semangat kental…happy go lucky dan BAIK HATI. Puteri tunggal dalam keluarga…tempat mengadu, tempat melepas marah…semuapun dia, seorang anak yang baik. Cuma kesan sering dimarahi ibu yg diuji dengan konflik rumahtangga membentuk pemberontakan dalam diri Liya, sbg protes beliau tidak bersungguh dalam pelajaran walapun hakikatnya memang anak yang pintar. Kecil hati…rimas dan sememangnya tidak dinafikan perasaan marah itu memang hadir dalam hubungan dengan ibu.

Mendapat khidmat runding utk masalah berat badan namun alhamdulillah dengan yang lain pun berjaya dibereskan. PALING SIGNIFIKAN kesan rawatan dengan EFT ~ selama 39 tahun hidup baru kini Liya MENIKMATI rasa hadir & kusyuk dalam solat dan berdoa… Sememangnya PENGISIAN MODULE 1(Bengkel EFT, Sains Minda & Kuasa Doa) sangat-sangat memberi kesan pd beliau…semoga Allah kekalkan hikmah & nikmat ini…katanya.  Mengenai masalah berat badan, alhamdulillah sgt mengujakan…she lost 6kg within 1 month…Oklaatu…Bisnes pula beliau mengharapkan dgn ilmu baru ini dapat membantu beliau menjayakan bidang perniagaan yang baru diceburi bagi mengisi waktu yang kebetulannya masih single…apapun SHE’S HAPPY itu yg penting. Bertuah! Bagus sekali…Liya menikmati hidup…kerana apa di saat usia menginjak 40 tahun kalau single TAK BERES DENGAN KENANGAN & MEMORI SILAM…bahaya lorrr….itu yang memacam sakit boleh singgah…kanser, masalah buah pinggang, ketumbuhan dsbgnya…(Inilah sebhgn RAHSIA STRESS, PENDAMAN EMOSI & SIGNAL TUBUH)…Kesannya makan tahun…makan dalam…Nauzubillahminzalik…tambah pula gaya hidup, pemakanan & alam sekitar…lagikkklaaa…

Nota: Segala paparan & nama adalah SAMARAN bagi melindungi KERAHSIAAN & DIGNITY para sahabat & klien Klinik Sukses. Testimoni yang disiarkan adalah dengan keizinan pihak klien untuk tujuan iktibar dan inspirasi.

________________________________________________________________________________________________________

Daftar sekarang copy

MAKLUMAT SESI PERSONAL LIFE COACHING

Tarikh : 28 Ogos 2010 (Sabtu)

Masa : 9.30pg – 4.00ptg

Lokasi : Shah Alam, Selangor

Berapa yang anda perlu bayar?

Program seumpama ini mengenakan bayaran sekitar

RM1000 – 2000

Tapi sesi ini pada harga

RM2000

RM1000

RM800

RM500

RM300

RM280 sahaja!!!


Daftarkan saya sekarang!


Jumpa saya dalam Klinik Sukses!!!

Salam Rahmat,

Aniz Hj. Anwar

Pengasas Klinik Sukses
012 391 5362
nurqudrah786@gmail.com